Frequently Asked Questions

Here are some of the frequently asked questions. If the question you had in mind is not here feel free to contact us.

General Questions

Sesi kolej akan berjalan seperti biasa bermula pada 1 Mac 2021. Walau bagaimanapun,  terdapat sedikit perubahan dalam sistem pengajaran & pembelajaran mengikut kesesuaian situasi terkini iaitu ‘hybrid learning mode’.

Hybrid learning mode adalah satu sistem pembelajar yang akan di jalankan secara atas talian dan juga secara fizikal yang mana pelajar akan mengikuti kuliah mengikut  jadual yang telah ditetapkan.

Bagi pelajar yang ingin meneruskan sesi pembelajaran secara atas talian (online), anda perlu memberitahu  kepada  pensyarah yang terlibat untuk mengelakkan anda tercicir dalam sesi pembelajaran.

Pihak kolej memahami situasi  pelajar sabah dan Sarawak yang mempunyai kekangan untuk datang ke semenanjung. Oleh itu , bagi mengelakkan risiko jangkitan Covid-19, kami sarankan pelajar dari sabah dan Sarawak untuk terus mengikuti sesi pembelajaran secara atas talian sehingga kerajaan mengumumkan tamatnya PKP atau PKPB. Selain itu, pelajar perlulah sentiasa mengikuti arahan yang dikeluarkan oleh   Kementerian Pengajian Tinggi .

Finance

Pihak Kolej telah menukar panel bank kepada maybank untuk mendapatkan bantuan penjana bagi pelajar IPTS. Oleh yang demikian, pihak kolej mewajibkan semua pelajar untuk membuka akaun maybank.

Bantuan penjana adalah berdasarkan kepada pembiayaan daripada kerajaan. Oleh yang demikian, sekiranya pihak kolej mendapat stok barang atau duit tunai pihak kolej akan terus menyalurkan kepada pelajar bagi yang mempunyai akaun maybank sahaja.

Buat masa ini, Pihak kolej tidak menggalakkan pelajar dari sabah dan Sarawak untuk datang ke semenanjung. Tetapi ,sekiranya pelajar masih ingin datang ke semenanjung, pelajar haruslah menanggung kos pembiayaan kuarantin sendiri.

Covid-19 Precautions

Pelajar yang telah tiba di tempat kuarantin yang disediakan oleh pihak kolej akan diberikan jadual dan akan diagihkan mengikut jantina .

Pihak kolej akan menyediakan tempat kuarantin dengan bayaran utiliti sebanyak Rm 50 manakala makanan dan keperluan harian pelajar perlulah disediakan oleh pelajar itu sendiri.